Pembangkang berilmu, bukan sentimen agama kaum | Yasir Tamizi |Malaysia Kini

Imaginasi rakyat merenung bahawa pembangkang akan menjadi lebih berwibawa dalam masa 20 tahun yang akan datang apabila pembangkang berjaya mencairkan kelompok komponen mereka menjadi satu kesatuan politik yang mewakili bangsa Malaysia, di mana fahaman politik mereka adalah kemanusiaan sejagat yang penuh rahmah kepada semua, bukan lagi nasionalisme tetapi internasionalisme, dengan bervisi peradaban. Dasar ekonomi mereka pula bukan sahaja merakyat tetapi mampu membawa negara menjadi kuasa ekonomi dunia yang memakmurkan umat pelbagai rantau pelusuk dunia. Dan daripada segi pentadbiran pula, mereka bukan sahaja demokratik dan memperkasa rakyat tetapi mengurus dengan adil dan ihsan kepada semua yang berlindung di dalam ruang kuasa dan pengaruh pentadbirannya. Ini imaginasi rakyat untuk masa depan pembangkang yang berwibawa atau pun masa itu nanti lebih layak digelar penyeimbang kerajaan.


Read More > Malaysiakini by Yasir Tamizi


Leave a comment