Cadangan Pindaan Artikel 1(2) Tidak Membawa Apa-apa Perubahan – Dr. Jeffrey

Kota Kinabalu: “Pindaan yang dicadangkan kepada ARtikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca buat kali pertama di Parlimen pada 4 April hanya sekadar penyusunan semula dan bermain kata-kata sahaja dan tidak membawa apa=apa perubahan dan tidak membuat apa-apa untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi samataraf dengan Persekutuan Malaya”, kata Dr Jeffrey Kitingan, Ahli Parlimen Keningau, Sabah, dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak untuk tanahair mereka dipulihkan sebagai rakan kongsi samataraf dengan Persekutuan Malaya telah diabaikan. Pindaan yang dicadangkan hanya mengekalkan dan menegaskan sekali lagi bahawa Sabah dan Sarawak adalah Negeri ke-12 dan ke-13 dalam Malaya.

Dan cara pindaan yang dicadangkan itu disegerakan dan diselubungi rahsia tanpa berunding dengan semua pihak yang berkepentingan mengesahkan kebimbangan dan keraguan yang diluahkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak sebelum ini.

“Persekutuan” seperti yang ditakrifkan dalam Perkara 160 (2) masih merujuk kepada Persekutuan Malaya yang diwujudkan oleh Perjanjian Persekutuan Malaya 1957.

Tanpa takrifan berasingan untuk Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara baru yang diwujudkan pada 16 September 1963, pindaan yang dicadangkan itu gagal untuk mengaitkan Malaysia sebagai perkongsian samarata antara Persekutuan Malaya, Sabah dan Sarawak.

Pindaan yang dicadangkan adalah terlalu awal dan tergopoh. Untuk benar-benar menjadikan Malaysia sebuah persekutuan yang betul dan perkongsian samataraf antara Persekutuan Malaya, Sabah dan Sarawak, perbincangan lanjut dan persetujuan diperlukan untuk menghasilkan pindaan yang lebih komprehensif dan holistik serta menggabungkan segala pindaan lain yang terperlu.

Jalan ke hadapan adalah untuk menangguhkan atau menarikbalik pindaan yang dicadangkan tersebut dan merujuk isu untuk dibahas, dibincangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen serta semua pihak berkepentingan termasuk masyarakat sivil. Dan bukan oleh pemimpin politik yang terhutang budi dan angkuh kepada tuan politik mereka di Kuala Lumpur atau yang tidak berani bersuara kerana takut fail dibuka atau kehilangan jawatan mereka.

Selepas itu, ia perlu dibahaskan secara BEBAS DAN TERBUKA dan DIPERSETUJUI oleh Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak masing-masing.

Sebagai alternatif, jika Kerajaan Persekutuan tidak mahu menghormati asas pembentukan Persekutuan Malaysia dan memulihkan perkongsian yang samarata Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Malaya, maka hanya ada penyelesaian tunggal yang logik iaitu membebaskan Sabah dan Sarawak untuk menentukan masa depan dan destini mereka sendiri. Tidak ada gunanya masih berada dalam Persekutuan Malaysia “palsu” dan membiarkan rasa tidak puas hati dan ketidakpuashatian terus membarah.

Pindaan yang dicadangkan itu adalah satu percubaan yang lemah untuk mengelirukan rakyat Sabah dan Sarawak ke dalam pemikiran bahawa kerajaan Pakatan Harapan berniat mengembalikan status yang samarata Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Malaya tetapi sebenarnya ia tidak.

Jadi, apa dan di mananya MALAYSIA BARU?

Apa yang sama mengecewakan adalah bahawa percubaan untuk mengelirukan tersebut dibantu oleh pemimpin politik serakan Sabah dan Sarawak, yang kini menjadi pengkhianat kepada generasi rakyat Sabah dan Sarawak akan datang. Mereka harus ingat bahawa kedudukan dan menafat mereka tidak boleh diwarisi oleh anak-anak dan generasi akan datang mereka tetapi hak-hak Sabah dan Sarawak yang benara dan dipulihkan dengan betul akan diwarisi oleh anak-anak dan generasi akan datang mereka juga.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan

=============================

Kota Kinabalu: “The proposed amendment to Article 1(2) of the Federal Constitution read for the first time in Parliament on 4th April is merely a re-grouping and play of words and changes nothing and does nothing to make Sabah and Sarawak as equal partners with the Federation of Malaya”, said Dr. Jeffrey Kitingan, the Member of Parliament for Keningau, Sabah, in a press statement released today.

The aspirations of Sabahans and Sarawakians for their homeland to be restored as equal partners with the Federation of Malaya were ignored. The proposed amendment maintains and re-affirms Sabah and Sarawak as the 12th and 13th States of Malaya.

And the way the proposed amendment was rushed through and shrouded in secrecy without consultation of all stakeholders justifies the earlier apprehensions and reservations of the people.

The “Federation” as defined in Article 160(2) is still the Federation of Malaya created by the Federation of Malaya Agreement 1957.

Without separately defining the Federation of Malaysia as a new nation created on 16 September 1963, the proposed amendment has failed to relate Malaysia as an equal partnership between the Federation of Malaya and Sabah and Sarawak.

The proposed amendment is premature. To truly make Malaysia a true federation and equal partnership of the Federation of Malaya, Sabah and Sarawak, further deliberations and consensus are needed to produce a more comprehensive and holistic amendment incorporating all other necessary amendments.

The way forward is to defer or withdraw the proposed amendment and have the issue deliberated by a Parliamentary Select Committee as well as all stakeholders including civil society, not by political leaders beholden to their Kuala Lumpur political masters or apprehensive of speaking out for fear of files being opened or their positions being taken away.

After that, it should be debated FREELY AND OPENLY and AGREED upon by the respective State Legislative Assemblies of Sabah and Sarawak.

Alternatively, if the Federal government does not wish to honour the basis of the formation of the Federation of Malaysia and restore the equal partnership of Sabah and Sarawak to Malaya, then the only logical solution is to set Sabah and Sarawak free to decide their future and destiny on their own. There is no point in remaining in a “fake” Malaysia and letting unhappiness and discontentment continue to fester.

The proposed amendment is a feeble attempt to mislead Sabahans and Sarawakians into thinking that the Pakatan Harapan government is restoring the equal status of Sabah and Sarawak when it does not.

So, what and where is the NEW MALAYSIA?

What is equally disappointing is that the attempt to mislead is aided by fellow Sabah and Sarawak political leaders, who are becoming traitors to the future generations of Sabahans and Sarawakians. They should remember that their positions and perks are not inherited by their children and future generations but the rights of Sabah and Sarawak properly restored will be inherited by their children and future generations as well.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan


Source : Penerangan Parti Solidariti by Datuk Dr. Jeffrey Kitingan


Leave a comment