Apapun isu berlatarkan bangsa dan agama dapat menarik perhatian orang politik, apa lagi ada ahli-ahli politik yang mengambil jalan singkat untuk mempopularkan diri gemar menggunakan dua elemen ini (bangsa dan agama).
Bukan perkara baru dalam politik Sabah digemparkan dengan isu ini. Kerana pada satu ketika dulu, ada pemimpin politik dan seorang mufti dengan tujuan memperkukuhkan kedudukan UMNO Sabah mendakwa rumpun yang ada di negara ini adalah kumpulan Melayu Nusantara tetapi ramai lagi pemimpin politik cuba mengambil kesempatan dalam isu ini.
Sebilangan elit politik kadazandusun dari Persatuan Kebudayaan (KDCA) mengkategorikan lebih dari 40 kumpulan etnik, termasuk Murut, Rungus, Lundayeh dan sebagainya adalah kumpulan KDMR.
Menariknya gagasan ini tidak dipersetujui oleh (KSS) Kadazan Society Sabah dan (USDA) United Sabah Dusun Association menentang Kadazandusun sebagai identiti etnik. (USDA) juga enggan dikategorikan mengikut klasifikasi Kadazandusun. Bagi USDA Kadazandusun hanya untuk bahasa tetapi tidak pernah etnik Dusun di klasifikasi sebagai Bangsa Kadazan-Dusun.
Sementara sebilangan ahli profesional yang lebih liberal dari kaum itu mempromosikan “Momogun” sebagai klasifikasi kumpulan KDMR.
Kemudian beberapa minggu yang lalu, Jeffrey berjaya mengadakan satu perhimpunan Dayak Borneo, pesertanya terdiri dari Dayak Sarawak dan Dayak Kalimantan Indonesia serta KDM Sabah (menurut Jeffrey Kitingan KDM adalah kumpulan Dayak).
Perhimpunan itu membuat resolusi yang mempromosikan tema seperti “Borneo-identity-unity-future”.
Gagasan Jeffrey Kitingan ini telah mendapat sorotan negatif dari berbagai kelompok kerana tidak bersetuju bahawa ada etnik Dayak di Sabah kerana menurut mereka perkataan Dayak bukan mana-mana etnik tetapi satu kumpulan beberapa etnik disatukan untuk tujuan politik.
Menurut sumber kewujudan Dayak adalah satu gerakan politik umpamanya ;
Pergerakan Dayakism sebenarnya bermula di Kalimantan selepas pertembungan Madura-Dayak. Dayak Kalimantan yang merasakan mereka harus mempunyai kesepakatan untuk mendesak Jakarta lebih banyak memberi perhatian terutama ekonomi dan politik mereka.
Di Sarawak pula Dayak digunakan sebagai faktor penyatuan 5 etnik kumpulan iaitu Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah dan Kelabit dipelopori oleh PBDS untuk mendapat pengaruh politik dari kumpulan etnik ini mengklasifikasikan lima etnik ini sebagai Dayak di Sarawak.
Politisi Sabah Jeffrey Kitingan melalui hubungannya dengan pemimpin Sarawak, melalui STAR Sarawak dan rakan-rakanya di Kalimantan Indonesia dikhabarkan setiap tahun ada perjumpaan mereka. Melihat peluang ini, Jeffrey cuba menyatukan etnik pulau Borneo yang lebih besar lagi termasuk KDMR yang langsung tiada kaitan dengan kumpulan etnik ini.
Agenda beliau ini untuk membangkitkan sentimen Dayak adalah semata-mata bertujuan politik tetapi yang membahayakan adalah membabitkan Kalimantan kerana di bawah naungan Indonesia. Lambat laun negara kita akan menghadapi bantahan dari Jakarta, apabila mereka(Indonesia) menyedari aktiviti ini dan akan merosakkan hubungan dua hala di antara Malaysia – Indonesia. Perkara ini sudah lama berlaku dengan seminar, konvensyen dan mesyuarat yang kebanyakannya diadakan di Sarawak atau Kalimantan.
Sudah tentu orang-orang yang skeptis berkata mengapa perlu nama Pulau Borneo digantikan menjadi Tanah Dayak.
MOLLY LIPS
NEW YORK
Source : Borneo Voice
