Liku-Liku Kehidupan Bangsa Dayak yg Ditindas oleh Pihak2 yg Licik

1. Sarawak masuk Malaysia 16 September 1963 (pembentukan Malaysia). Sarawak National Parti (SNAP), Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Anak Jati Sarawak (Berjasa) dan Parti Pesaka Sarawak (Pesaka) bergabung untuk membentukan kerajaan negeri. Ketua Menteri Sarawak yg pertama adalah Stephen Kalong Ningkan dari SNAP.
SNAP diasas oleh Stephen Kalong Ningkan.
PANAS diasas oleh Datu’ Bandar Abang Haji Mustapha.
Berjasa diasas oleh Taib Mahmud dan Tuanku Haji Bujang.
Pesaka diasas oleh Thomas Kana.
Stephen Kalong Ningkan dan Thomas Kana pernah sama2 bekerja di hospital Kuala Belait Brunei dan mjadi persaing politik.
SNAP terbuka kpd semua kaum tetapi lebih di dominasi oleh Dayak dan Cina (Stephen Kalong Ningkan adalah campuran Iban-Cina).
Pesaka didominasi oleh pemimpin2 masyarakat seperti penghulu dan temenggong – penghulu Tawi Sli, Temenggong Jugah, Temeggong Lawai Jau dll.
2. Pada Tahun 1966, Stephen Kalong Ningkan mengusulkan satu undang tanah baru yg membolehkan kaum pribumi mempunyai grant penuh keatas tanah adat mereka di persidangan DUN (Sarawak Assembly). Usulan ini dibantah keras oleh Berjasa/Taib Mahmud dan PANAS. Mereka menerima sokongan dari belakang oleh kerajaan persekutuan, khasnya Tun Abdul Razak yg pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pada masa ini, Tun Abdul Rahman Ya’akup adalah member of parliament dan sangat rapat dgn Tun Abdul Razak.
TANDA TANYA – kenapa Berjasa, Panas dan kerajaan persekutuan membantah keras usulan pindaan undang tanah yg mau memberikan grant tanah penuh kepada tanah adat kaum pribumi?
Jawapan yg terbaik adalah sebab mereka TIDAK MAU DAYAK BERKUASA!
Kenapa itu jawapan terbaik? Tun Abdul Razak menerokai hutan belantara (bukan tanah adat) untuk program FELDA di Malaya beberapa tahun selepas itu dan memaksakan (orang melayu tdk mau pd awalnya) orang melayu untuk tinggal dalam tanah ini dan menjadikannya sebagai tanah milik mereka. Sangat pelik! Orang Melayu dipaksa ambil tanah yg sudah dibangunkan, yg mana bukan nenek moyang mereka TETAPI orang DAYAKS dibantah secara senyap-senyap oleh orang yg sama (Tun Abdul Razak) untuk diberi grant penuh keatas tanah adat mereka sendiri! TUN ABDUL RAZAK adalah MASTERMIND dibelakang politik Melayu dan APA yg berlaku kpd Sarawak sb beliau merupskan Tok Guru kpd Abdul Rahman Ya’akup dan Taib Mahmud. Dayaks di Sarawak tdk mau diberi grant tanah sebab itu blh memberi kuasa dan kekayaan kpd Dayaks. Melayu pula diberi tanah supaya Melayu kaya dan berkuasa.
3. Oleh sebab konflik tanah ini, Stephen Kalong Ningkan mau bawa Sarawak keluar dari Malaysia. Sekali lagi, perkara yg amat pelik berlaku! Tapi sebelum itu saya mempunyai gambaran dan perasaan kenapa Stephen KN mau bawa Sarawak keluar dari Malaysia. Bukan kerana konflik tanah saja. Beliau dapat perhatikan dan rasakan kemungkinan kecenderungan Malaya mengambil kesempatan dan menipu dengan licik pemimpin2 Sarawak: pertama, melalui pemerhatian keadaan yg berlaku khasnya dalam persidangan2 dan perjumpaan2 pemimpin2 Sarawak dgn pemimpin2 Malaya. Pemimpin2 Sarawak, khasnya wakil Dayak, kebanyakannya ketua masyarakat yg tdk ada pendidikan tinggi dan bahasa Melayu pun hanya tau beberapa patah perkataan saja. Mereka merasa rendah diri dan segan untuk bercakap dalam persidangan sb keterbatasan bahasa. Mereka hanya diam saja dan lebih byk kata ‘ya, setuju’ saja. Stephen KN dpt melihat perkara ini dgn jelas dan merasa amat kasihan dan bimbang tentang perkara ini. Bagi beliau, kalau Sarawak berdiri sendiri, walaupun tak pandai, mereka blh menguruskan keadaan sendiri tanpa tunduk dan ikut cakap orang lain saja.
Kedua, Stephen KN mula mrnyaksikan kelicikkan Malaya campur tangan dan memutarbelit isu2 dan pengurusan/pentadbiran negeri Sarawak untuk kepentingan Malaya atau untuk kepentingan Melayu dan Islam.
Kesempatan untuk secara terbuka membawa Sarawak keluar dari Malaysia timbul apabila konflik pembaharuan undang tanah itu timbul. Sangat pelik apabila Panas dan Berjasa, dan kemudian Pesaka membantah. Dimana-mana pun di seluruh dunia ini, semua wilayah/orang mau MERDEKA. Di Sarawak, orang Sarawak sendiri tdk mau merdeka! KENAPA? Jawapannya, sekali lagi TUN ABDUL RAZAK mastermind! Sebagai mentor Tun Abdul Rahman Ya’akup, beliau memberitahu Rahman Ya’akup bahawa Melayu dan Islam di Sarawak akan tertindas dan tidak ada peluang untuk bangkit kalau Sarawak keluar dari Malaysia! Sebab kalau Sarawak keluar dari Malaysia, Dayak akan berkuasa dan Melayu-Islam berada dibawah kuasa kaum Dayak. Kalau Sarawak kekal dlm Malaysia, Malaya dpt terus membela Melayu dan Islam di Sarawak.
4. Seterusnya berlakulah rancangan licik secara senyap-senyap bermula dgn nasihat dari TUN ABDUL RAZAK bagaimana Melayu/Melanau Muslim mau merebut dan mengekalkan kuasa di Sarawak (dan di Sabah). Antaranya:
1. Memecahkn Dayak. Itu sebabnya apabila ada parti Dayak yg semakin kuat, parti tersebut akan usaha dipecahkan dgn taktik perundingan senyap. Itu sebab hanya parti Dayak yg asyik berpecah manakala parti lain semakin kuat. Dlm PBB pun byk pemimpin Dayak tapi tak pernah pun mereka bergaduh dan berpecah walaupun dibawah kuasa Melayu-Melanau! William Mawan, Uggah, Jabu dan Larry Sng di suspek sebagai tali barut. Dayak perlu waspada sb byk yg lain, khasnya yg mementingkn diri sendiri/senang dibeli dgn kuasa dan Wang. Tawi Sli dilantik utk ganti Stephen KN merupa tindakan licik peringkat awal mereka. Klu Melayu yg terang mengetuai protes terhadap Stephen KN, ada kemungkinan Dayak tdk senang dan bersatu dibelakang Stephen KN. Oleh sebab itu persaingan antara Stephen SNAP dan Thomas Kana Pesaka digunakan dgn licik. Tawi Sli dijanjikan sebagai pengganti Stephen KN untuk meraihkan sokongan pemimpin-pemimpin dlm masyarakat Dayak.
2. Menghalang Dayak mempunyai hak keatas tanah adat mereka. Kalau grant diberi pun, kawasannya tak blh besar-besaran. Sebabnya, kalau Dayak kaya tanah, mereka dapat berkuasa dan tdk blh diputarbelit. Kalau Dayak miskin, mereka sentiasa tunduk ikut telunjuk mohon simpati dan mengundi parti PBB/GPS yg diharapkan kekal memegang tampuk pemerintahan negeri Sarawak sampai bila-bila.
3. Memertabatkan sekolah-sekolah kawasan Melayu dan mendaifkan sekolah-sekolah di kawasan Dayak supaya Sarawak di kuasa cerdik pandai dari orang2 Melayu-Melanau Islam.
4. Memperbanyakkan Melayu-Melanau Islam dalam pejabat2 kerajaan agar sektor swam dikuasai oleh Melayu-Melanau Islam. Ini akan memudahkan Melayu-Melanau Islam memantau dan mengawal polisi2 kerajaan yg pro-Melayu/Melanau Islam.
5. Mengekang kemajuan, khasnya jalanraya kekawasan Dayak tapi pada masa yg sama membina jalanraya bertar ke semua kawasan Melayu/Melanau. Kerajaan Sarawak sangat2 faham bahawa orang Dayak sangat pakar, rajin dan blh berjaya kaya raya dalam bidang pertanian kerana pertanian merupakan darah daging kaum Dayak tapi sengaja tidak mau dibina jalanraya kerana itu akan merancak pertumbuhan ekonomi kaum Dayak. Dayak mesti tinggal miskin supaya senang ditipu, dipecah dan tdk berkuasa. Kalau Dayak berkuasa, kedudukan Melayu/Melanau Islam tergugat. Itu perkara yg paling ditakuti!
Semuanya ini dimula oleh TUN ABDUL RAZAK, bapa kepada NAJIB ABDUL RAZAK. APA yg berlaku kpd NAJIB dan UMNO merupakan pembalasan Keats’s kelicikan mereka! Dayak perlu faham dan sedar tentang kelicikkan ini dan bersatu untuk membela masa depan Dayak!


Source : Keadilan Selangau


Leave a comment