Saya tertarik untuk berbicara tentang kedua-dua sebutan di atas. Maka eloklah kiranya saya mulakan dengan pencapaian saya dengan matapelajaran Sejarah. Saya minat matapelajaran Sejarah. Malah saya masih ingat lagi guru matapelajaran Sejarah saya sewaktu dibangku sekolah, antaranya Cikgu Ropa, Cikgu Tommy Kuchop, Ustaz Rosli… Mungkin minat terhadap matapelajaran Sejarah, keputusan peperiksaan saya terhadap matapelajaran ini amatlah memberangsangkan. PMR 1996-A, SPM 1998-Pangkat 2, STPM 2001-Prinsipal B dan TITAS di U-A+ setiap semester! Hebatkan???? Tapiiiiii…… Selama itu, saya tak pernah tahu pun tentang tarikh keramat 22 Julai & 16 September! Saya tersangat arif tentang 31 Ogos!
Sedari dari bangku sekolah rendah, sekolah menegah, zaman tingkatan 6, zaman universiti, zaman maktab hinggalah zaman pendidik, saya memiliki semangat patriotik yg sangat tinggi! Mungkin berlatar belakangkan keluarga yg pernah menyertai angkatan tentera dan ada antara datuk saya mendapat Pingat Gagah Berani dalam angkatan tentera menjadikan semangat patriotik saya sangat kuat! Saya rasalah, kalaulah saya hidup zaman insurgensi @ zaman komunis, 2 sahaja kemungkinan berlaku pada saya, cacat @ mati! Begitulah dapat saya gambarkan betapa patriotik nya saya ketika itu! Tapi jodoh saya bukan dalam ketenteraan, jodoh saya dalam dunia keguruan. Jadi, saya ketengahkan semangat patriotik saya dengan cara seorang guru! Menyemaikan semangat patriotik terhadap pelajar saya!
Saya masih ingat, zaman sekolah dulu, paling seronok bila menjelang 31 Ogos! Masa itulah kami melaungkan kalimah keramat, MERDEKA! Saya menyertai pelbagai pertandingan yg berkaitan dengan hari KEMERDEKAAN, pidato, forum remaja dan sebagainya. Saya bersemangat bila menjelang bulan kemerdekaan, mesti keluar cerita perang, cerita Harimau Rimba, Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Leftenan Adnan! Tambah lagi iklan kemerdekaan yg banyak membangkitkan semangat patriotik dalam diri saya! Saya tak malu mengaku, filem Bukit Kepong adalah antara filem yg pernah menyebabkan air mata saya mengalir melihat perjuangan pasukan keselamatan dalam melawan segala bentuk serangan subversif terhadap keamanan negara!
Kemuncak semangat patriotik dalam diri adalah sewaktu negara Sarawak terpilih sebagai tuan rumah sambutan kemerdekaan kali ke 49 pada tahun 2006! Kami sebagai guru pelatih masa itu diarahkan untuk terlibat sama bagi menjayakan perayaan tersebut. Selama seminggu kami berkampung di Padang Merdeka, berpanas, berhujan dan berembun, belum lagi kena maki dengan Pak Ngah bila ada dalam kalangan kami melakukan kesilapan! Menjelang pagi 31 Ogos, wowwww… Terpana melihat perbarisan pasukan keselamatan negara bersama sebahagian daripada aset perang mereka! Semangatnya masa itu, hanya Tuhan yg tahu… Terbit kepuasan dalam diri pada waktu itu!
Apabila masuk ke alam pekerjaan dan ditauliahkan sebagai seorang guru, menjelang detik 31 Ogos adalah saat yg ditunggu! Saya ingat lagi masa tu, sewaktu mengajar di SMK Three Rivers, Mukah, saya suka melihat semangat anak Sarawak! Dengan benderanya, dengan slogannya, dengan pidatonya, dengan sajaknya… Malah saya sendiri juga turut menghasilkan sajak untuk anak murid saya deklamasikan. Dan lebih menarik, apabila saya diarahkan untuk mengajar kelas tuisyen matapelajaran Sejarah pada masa itu, saya dapat menerangkan kepada murid saya tanpa menggunakan buku! Sebab saya ingat, subjek Sejarah adalah berdasarkan fakta! Selebihnya, terpulang kepada bagaimana kita menghayati dan memahami fakta tersebut!
Namun, lama kelamaan saya rasa seolah-olah saya rasa ditipu! Sejak 2013 sehingga sekarang, pendedahan demi pendedahan tentang apa sebenarnya yg berlaku menjadikan saya berada dalam dilema! Soalannya, kenapa selama ini saya tak tahu tentang 22 Julai? Kenapa saya tak tahu tentang 16 September? Kenapa saya tidak tahu tentang MA63? Tapi kenapa saya sangat tahu tentang rombongan Tunku Abdul Rahman pergi ke London, sehinggalah di Bandar Hilir Melaka dan klimaksnya apabila turunnya bendera Union Jack pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka?
Peringkat awal kepada keraguan saya, saya cuba membuat kajian sendiri, apabila saya masuk ke kelas dan bertanya pada anak murid saya, “bilakah Malaysia merdeka?”, spontan anak murid saya jawab 31 Ogos 1957! Saya tak boleh salahkan mereka kerana mereka dah ditekankan bahawa Malaysia merdeka pada tarikh tersebut! Dah tersemat dalam sanubari mereka! Bila saya tanya bila Sarawak merdeka? Bila negara Malaysia terbentuk? Saya hanya mampu menggelengkan kepala sahaja! Bagaimana anak Sarawak sendiri tidak tahu bila Sarawak merdeka dan bagaimana anak Sarawak tidak tahu bila Malaysia terbentuk! Sedihnya… Situasi seperti ini sama seperti bagaimana orang Jepun mengarahkan nenek moyang kita untuk menghormati lagu Kimigayo sewaktu Perang Dunia Kedua dahulu!
Dan kini, saya jujur mengakui, sedikit demi sedikit rasa patriotik dalam diri saya berhubung tarikh 31 Ogos semakin menipis! Malah adakalanya, saya marah bila semua warganegara Malaysia disuruh mengibarkan jalur gemilang menjelang bulan kemerdekaan! Kenapa saya marah, sebab saya dapat rasakan yg selama ini saya diperbodohkan! Kenapa hari lahir org lain, saya perlu terhegeh-hegeh, tapi bila hari lahir saya, semua membisu seribu bahasa, membuta seribu warna! Walaupun dah ada usaha bagi mengenang tarikh 22 Julai dan 16 September, tapi bagi saya, segalanya seperti sudah terlambat! Maafkan saya! Kenapa selama ini rakyat NEGARA SARAWAK diperbodohkan? Kena ingat, tindak tanduk menipu peringkat awal pasti akan meninggalkan kesan pada tindakan seterusnya! Saya hormat pada 31 Ogos kerana itu tarikh keramat bagi warga Malaya, tetapi saya benci bila saya diajar untuk memahami sejarah orang lain, tapi sejarah negara sendiri, masih ramai anak jati negara Sarawak terkial-kial mencari jawapannya!
Benarlah bila pujangga menyebut, “Sejarah itu ditulis oleh mereka yg menang dan berkepentingan”. Dua kes yg boleh dijadikan batu ukuran, pertama, zaman British, individu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Rentap dan sebagainya dianggap sebagai petualang negara! Zaman kini, mereka ini kita angkat sebagai pejuang! Kedua, zaman moden ini, siapa sebenarnya Tun Dr. Mahathir? Melihat kepada apa yg berlaku pada hari ini, saya sebenarnya kasihan kepada negarawan ulung ini bila mana beliau seolah-olah dicemuh, dicaci dan dihina berdasarkan pandangan beliau terhadap apa yg berlaku terutamanya dalam senario politik kini! Malah ada ura-ura menyebut, menggugurkan gambar beliau dari senarai akronim RAHMAN selaku bekas perdana menteri! Entahlah… Tanya sama itu hud-hud!
Nukilan terakhir saya, saya berharap sangat agar sebelum saya meninggal dunia suatu hari nanti, saya ingin melihat kedaulatan NEGARA SARAWAK itu milik mutlak rakyat SARAWAK! Kerana jika dilihat dan diperhalusi sebenarnya, negara Malaysia itu sendiri sudah terbubar apabila Singapura menarik diri dari sebuah persekutuan yg disebut MALAYSIA! Kembalikan lah hak Sarawak!
*betulkan saya jika saya silap!
*nota kaki: berfikir dalam dunia terang, berhibur dalam dunia gelap, jangan tutup lampu!
Dan saya masih dihantui… sehingga kini! Dan yg pasti, Malaysia tidak pernah DIJAJAH!
Source : Cikgu Resa Billie, Guru PJK anda
