Tarikh Kemerdekaan
•31 Ogos 1957- Malaya
•3 Jun 1958- Singapura
•22 July 1963- Sarawak
•31 Ogos 1963- Sabah
•16 September 1963- pembentukan Persekutuan Malaysia
Persekutuan Malaysia (bukan Negara Malaysia) dibentuk pada tahun 1963 oleh:
. Malaya
. Singapore
. Sarawak
. Sabah
Sebagai rakan kongsi sama taraf melalui Perjanjian Malaysia 1963. Memorandum 20 Perkara adalah kontrak sosial iaitu syarat bagi Sabah untuk menyertai persekutuan tersebut. Tiada wakil dari negeri2 dlm Persekutuan Malaya seperti Perlis, Johor etc yang turut menandatangani Malaysia Agreement 1963; bermakna negeri2 dlm Persekutuan Tanah Melayu/Malaya adalah bukan rakan kongsi sama taraf dgn Sabah Sarawak.
Tahun 1965, Singapore telah ditendang keluar oleh Malaya dari persekutuan ini tanpa berbincang atau minta persetujuan daripada Sabah Sarawak.
[PM63: terbatal]
Pada tahun 1976, Persekutuan Malaysia 1963 telah dibubarkan. Sabah dan Sarawak telah diturunkan statusnya dari sebuah negara kepada negeri untuk membolehkan Sabah Sarawak dimasukkan dlm Persekutuan Tanah Malaya yg telah dibentuk dahulu pada tahun 1957 dan menggunakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[Melalui Pindaan]
Sekarang…kita
. Negeri Sabah
. Pakai perlembagaan 1957
. Dlm persekutuan Malaya 1957
Pada tahun 1976 juga, Sabah jadi Negeri ke-12 dan Sarawak jadi Negeri ke-13 dlm Persekutuan Tanah Melayu
Duuulu….seblm 1976,
IC Sabah ialah H
H 00000000
Kini…
000000 – 12 – 0000
Maknanya….
Negeri ke-12
Dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya)
Nota
Harus diingat, model pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 ialah United Kingdom atau lebih jelas sama seperti dengan pembentukan Australia dan bukannya United States
Australia – federalisme
US – unitary
Memasukkan Sabah dan Sarawak ke dalam persekutuanu Malaya itu bermaksud Unitary lalu bercanggah dgn semangat MA63.
Seorang pakar berkata
Kena ingat… Malaysia sebenarnya bkn Negara tapi Persekutuan.. oleh itu tiada hari merdeka utk Malaysia sebabnya Persekutuan Malaysia belum pernah di Jajah oleh mana2 kuasa besar di dunia ini
Mana2 tanah yg pernah di jajah bertish dahulu.di panggil negara merdeka.. contoh
Tanah Malaya
Tanah Sarawak
Tanah Borneo Utara
Masing2 ada tarikh Merdeka.. 👆👆👆
Jadi menyambut Merdeka ialah khusus untuk setiap negara..
Bkn utk Persekutuan Mslaysia
Kibar lah HANYA BENDERA SABAH SAHAJA pada 31 Ogos ini dan Bendera Persekutuan Malaysia pada 16 Sept..
31 OGOS 1963, SABAH MERDEKA!
TANGGAPAN ramai pihak bahawa Sabah mencapai kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1957, ataupun, pada 16 September 1963 adalah kedua-duanya TIDAK BENAR sama sekali.
31 Ogos 1957, adalah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu (Semenanjung) daripada British.
Sementara itu, ramai mungkin tak tahu sebenarnya Sabah sudah diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1963.
Mengikut catatan arkib, Sabah sempat memerintah sendiri (self-governance) sebagai sebuah kerajaan berdaulat lebih kurang 14 hari sebelum menyertai gagasan Malaysia.
Hanya pada 16 September 1963, sebuah negara yang dipanggil ‘Persekutuan Malaysia’ telah wujud hasil penyatuan antara Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu yang mana Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) dimaterai.
Tanggal 31 Ogos, 1963, Sabah diberi kemerdekaan oleh British sesuai dgn tuntutan PBB yg meluluskan Resolusi 1514 (XV) untuk memberi kemerdekaan kepada rakyat di bawah kawasan jajahan.
Hari Kemerdekaan Sabah telah disambut dengan meriah di seluruh negara Sabah pada hari tersebut.
Menurut catatan akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1963 telah melaporkan:
“Di atas sebuah bukit kecil (di Tuaran), bendera baru Sabah berkibar dengan megah dalam dingin bayu pagi di hadapan bangunan Majlis Daerah Tuaran.”
“Ahli-ahli Majlis dan orang-orang tua kampung mengambil kedudukan masing-masing sebelum pengisytiharan kemerdekaan diumumkan dalam berbagai bahasa.”
