Satu memorandum akan diserahkan bagi memohon ditubuhkan sebuah Parti berteraskan Borneo Sabah Sarawak di Semenanjung Malaysia.
Parti ini juga nanti akan membuka cawangannya di Sabah & Sarawak, paling tidak pun akan bergabung dengan parti tempatan.
Usaha ini perlu dilaksanakan bagi menyokong demokrasi sistem pilihanraya di negara kita.
Ideologi parti Malaya telah masuk ke Sabah Sarawak, kenapa Kita tidak memberi kefahaman kepada Malaya tentang ideologi Kita yang lebih perpaduan, lebih keharmonian dan lebih sejahtera serta Adil yang tidak membezakan diantara satu dengan yang lain.
Ahlinya nanti bukan hanya untuk orang Borneo sahaja tapi kepada SELURUH rakyat Malaysia.
Ramai masyarakat Kita di semenanjung rasa tersisih dan terdapat golongan Miskin bandar.
Semoga sokongan anda akan memberi impak positif disamping tugas parti ini adalah menyokong mana-mana parti dominan di Malaya..
Ini sangat di perlukan dan orang Kita hauskan Establishment bumiputera Sabah dan Sarawak di Malaya bagi merealisasikan Malaysia Baru berlandaskan ideologi Malaysia yang Sebenar. parti India MIC pun buli buka cawangan di Sabah.. padahal komuniti mereka sangat kecil.. Kita beratus ribu sudah di Malaya.. kenapa Kita tidak buka cawangan atau wujudkan parti baru. Ini bagi memudahkan kebajikan dan menarik minatkan Warga Borneo terlibat langsung dalam politik terutamanya kepada golongan belia #undi18 kerana kebanyakan anak-anak/adik/saudara Kita akan menyambung pelajaran dengan mengisi puluhan IPTA/IPTS di Malaya nanti.
Anda penentu Masa depan anak cucu anda dan disinilah bermula sebuah perjuangan. Sokongan anda amatlah dihargai. Sekian, ribuan terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk undian ini.
Can you help out by signing this petition?
http://chng.it/2gFsp6yP
